Kereta api penumpang Kereta_api

Kereta api penumpang mempunyai kereta penumpang. Kereta api penumpang bergerak antara stesen, dan jarak antara stesen berbeza antara kurang daripada 1 km sehingga ribuan kilometer.

Kereta api jarak jauh seperti Trans-Siberia mempunyai kereta restoran, kereta penginapan dan sebagainya. Kereta api jenis ini selalunya bergerak sederhana laju dan mengambil masa berhari hari untuk sampai ke destinasi. Manakala kereta api laju pula akan sampai ke destinasi sebelum waktu malam dan selalunya bersaing dengan kapal terbang.

Kereta api yang menghubungkan bandar bandar dinamakan kereta api antara bandar. Kereta api jenis ini tidak berhenti di stesen stesen kecil. Kereta api yang berhenti pada setiap stesen dinamakan kereta api setempat.

Untuk jarak dekat di kawasan bandar, komuter mungkin digunakan. Sesetengah komuter direka supaya gerabak mempunyai lebih banyak ruang berdiri daripada duduk serta mempunyai kemudahan untuk basikal, kerusi roda, dan sebagainya. Sesetengah negara mempunyai kereta api penumpang dua tingkat yang digunakan dalam konurbasi. Di Eropah, kereta api laju dua tingkat semakin menjadi satu kebiasaan.

Kereta api Maglev di China

Selalunya bandaraya bandaraya besar mempunyai sistem metro iaitu sistem kereta api bawah tanah yang turut dikenali sebagai subway di Amerika Syarikat, tube atau underground di United Kingdom atau metro di benua Eropah (Perancis, Belanda, Belgium dan sebagainya.) kereta api ini selalunya menggunakan kuasa elektrik pada rel ketiga dan landasannya berbeza dengan lalu lintas yang lain (iaitu tanpa lintasan sama aras). Selalunya metro menggunakan terowong dan kadangkala menggunakan landasan tinggi. Metro boleh memecut atau menyahpecut lebih pantas berbanding kereta api jarak jauh.

Kenderaan berlandasan yang menggunakan jalan raya dinamakan trem ( tram ), namun perbezaannya tidaklah ketara. Kadangkala istilah kereta api ringan diberikan kepada trem moden dan menyerupai metro kecuali kereta api jenis ini mempunyai lintasan sama aras ( level crossing ). Lintasan sebegini selalunya dilindungi pagar keselamatan.

Istilah rapid transit digunakan untuk pengangkutan awam seperti kereta api komuter, metro, dan kereta api ringan. Contohnya Putra LRT.

Kereta api maglev atau monorel merupakan teknologi baru dalam bidang kereta api.

Kereta api penumpang selalunya mempunyai brek kecemasan. Penyalahgunaannya boleh dikenakan denda.